Mata seorang satria muda

Peristiwa ini dah lama terjadi kira-kira 2 tahun lepas kepada seorang insan yang sangat aku kasihi.Insan yang sentiasa muncul di benak fikiranku setiap kali aku memandu kereta atau pun apa jua yang aku lakukan.

Tatkala aku sedang enak menikmati  nasi minyak kenduri sahabat di Klang hati berdebar-debar  entah kenape.Debaran aku akhirnya terjawab bila aku dapat sms mengkhabarkan insan yang sangat aku kasihi itu kritikal di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Beliau kemalangan ketika menaiki kereta yang dipandu oleh rakan beliau ketika dalam perjalanan menghadiri kursus ketenteraan di Kedah.

Perjalanan daripada KL ke Alor Setar memakan masa 4 jam.Sebaik  sampai di hospital, beliau masih lagi dalam bilik pembedahan.Cuma kelihatan jurulatih iaitu orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke hospital sedang nyenyak tidur kepenatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat sampai.

Apa yang tertera dalam benak,jantung , hati dan segala organ-organ badan aku ni tak payah nak cakap la. Kalau boleh nampak melalui skrin,paparan yang jelas kelihatan adalah risau tahap maksima.Setelah menunggu beberapa jam akhirnya beliau dah selesai menjalani pembedahan. Organ-organ  aku ibarat jatuh bedebuk ke lantai bila diberitahu beliau telah kehilangan mata kiri beliau.

Dalam hati aku ni ada perasaan marah,geram dan sakit hati bercampur baur kepada doktor.Kenapa doktor harus  buang mata kiri beliau.Kenapa tak biar je.Memang aku tak sanggup.Tapi itulah takdir Tuhan yang harus aku terima.Cuma mampu memanjat rasa syukur yang tak terhingga beliau selamat. Sekurang-kurangnya beliau masih memiliki mata kanan.Pada waktu tu, beliau sendiri pun masih belum mengetahui yang mata kiri beliau telah dibuang. Terlalu sukar tuk aku bayangkan kalau dia dah tahu nanti.Aku sendiri pun tak kuat. Seminggu aku bercuti menjaga beliau di hospital, air mata ni tak berhenti mengalir.
Secara tak sengaja beliau terdengar perbualan rakan-rakan yang pergi melawat beliau bahawa mata kiri beliau telah dibuang.Dia bertanya kepada aku benarkah.Memang tak sampai hati nak beritahu kebenaran.Mahu tak mahu terpaksa akui juga..Beliau tak berkata apa-apa cuma tunduk.Aku masih cuba memujuk beliau dengan mengatakan doktor akan pasang balik mata tu lepas siap jahit buang kaca-kaca kat dalam mata tu.

Akhirnya beliau mengesahkan sendiri dengan doktor yang bertanggungjawab  semasa pembedahan tersebut. Mata kiri tu dah hancur  terlalu banyak kaca kat dalam mata tu dan tak boleh diselamatkan lagi. Jelas kelihatan semangat beliau ibarat hilang terbang.Aku,ahli keluarga dan rakan-rakan yang tak kira sama ada datang melawat atau sekadar cuma menziarahi tak putus-putus memberikan kata semangat.Cuba meyakinkan beliau mungkin ada hikmah dalam setiap kejadian dan bersyukur beliau masih hidup dan masih memiliki mata kanan tuk melihat. Yang membuatkan aku kagum,pesakit-pesakit di wad berkenaan yang kebanyakan cuma  boleh melihat dengan sebelah mata pun turut memberikan semangat kepada beliau dengan menceritakan pengalaman hidup mereka menggunakan sebelah mata.Semangat mereka  tuk terus hidup membuatkan aku tersedar, ujian hidup mereka lagi besar daripada aku rupanya.

Beliau selalu berkata kalau lah perkara itu tak terjadi. Beliau ingin jadi seorang tentera yang berjaya. Nak jadi sarjan macam abang aku.Beliau sangat gemarkan aktiviti lasak. Tapi selepas kejadian tersebut, beliau cuma ditugaskan melakukan kerja-kerja ringan.Tapi apa pun beliau masih tetap meneruskan semangat juang berbakti kepada negara.Seorang tentera tak pernah kenal erti takut.Kini dah lebih setahun beliau menjalani hidup dengan hanya menggunakan mata kanan tuk melihat.

Beliau yang aku maksudkan itu adalah sebenarnya adik kandung aku sendiri.Aku tetap berdoa beliau sentiasa menjadi insan yang tabah dan kuat. Kini beliau dah mampu menyesuaikan diri.Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE