Posts

ISYARAT

Image
ISYARAT Oleh: DALIN LIENDA Di persimpangan  merenung metafora Seketika menghela nafas  Cuba mengerti tentang isyarat Tentang isyarat jiwa Mengisyaratkan hati Pasti akan hilang arah Seandainya tidak dimengerti Ada kalanya takdir itu terlalu misteri Namun ketetapan adalah hakiki Seandainya realiti tak seperti yang dimimpi Jangan menangis dan berbahagialah Seharian letih berteka-teki Ayuh lekas pejamkan mata Selamat malam kalian semua Semoga mimpi indah saja

Sekitar Majlis Pelancaran Telefilem dan Novel "Sesekali"

Image
Majlis pelancaran telefilem dan novel "Sesekali" telah berlangsung pada hari Rabu bertarikh 12 Jun 2019 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.  Panggung RTM “Sesekali” merupakan sebuah drama yang diilhamkan dari sebuah puisi karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 dan diadaptasi menjadi drama terbitan Unit Drama TV RTM dengan kerjasama DBP.  Drama arahan Hisyamudin Ahmad ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah dan Norasmahani Shaari.  Selain sesi  memperkenalkan barisan pelakon, pengarah, penulis dan pihak yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini serta tayangan telefilem, pada hari sama juga turut dilancarkan novel bertajuk “Sesekali” tulisan Lily Haslina Nasir. Ketulusan menjiwai sesuatu karakter yang dibawa oleh pelakon Beto dan Azhan Rani sememangnya telah diketahui umum dan tak dapat disang

Sinopsis Telefilem Sesekali

Image
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut. Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa. Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2. Menariknya, Sesekali diadaptasi

10 Filem Terbaik Raikan Penonton RTM Aidilfitri Ini

Image
Meskipun banyak pilihan program diberikan kepada penonton khas sepanjang sambutan Aidilfitri ini, namun hakikatnya penggemar filem tempatan mahu pun filem luar negara pastinya ternanti-nantikan sama ada filem kegemaran mereka tersenarai menerusi saluran televisyen raya ini.  Sepanjang lima hari berturut-turut, RTM menerusi saluran TV2 turut sama menjanjikan tayangan 10 filem tempatan, dan antarabangsa yang tidak pernah bosan ditonton berulang kali yang disiarkan berturut-turut mulai 5 hingga 9 Jun 2019. Tajuk filem dipilih iaitu ‘ Dubai My Love’ , ‘Chowrasta’, ‘Azura’, ‘Kaabil’, ‘An Evening In Paris’ , ‘Sethupathi’, ‘Ola Bola’ dan ‘London Has Fallen’ . Istimewa kepada semua juga tayangan filem ‘Surga Yang Tak Dirindukan’ pada 5 Jun ini, dan esoknya, 6 Jun, disiarkan ‘Surga Tak Dirindukan 2’. Kedua-duanya menemui penonton pukul 8.30 malam.   ‘ DUBAI MY LOVE’ (5 JUN, 2.00 PETANG) Pelakon : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali dan Puteri Najuwa. Sinopsis : Mengisah

Sinopsis Drama Bersiri Warkah dari Firenza

Image
Pengarah: Adinata Mohd Khalil  Barisan pelakon: Ika Nabila, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, dan Rahhim Omar Saluran TV: TV2, portal online Myklik (myklik.rtm.gov.my), RTM mobile Waktu Siaran:  setiap Isnin dan Khamis, pukul 8.30 malam Jumlah episod: 13 episod (bermula pada 27 Mac 2019) SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA “Warkah Dari Firenza” adalah drama bersiri terbaharu merupakan    kisah benar dalam masyarakat Bugis yang berlatarkan tahun 1950an tentang seorang nelayan yang  meninggalkan isteri dan anaknya untuk belayar sebagai kelasi kapal bagi mengubah nasib dirinya.  Kisah bermula dengan Waliq, nelayan miskin yang berjaya merebut cinta Maddani dan memperisterikannya. Kehadiran Mosek kelasi kapal pulang ke kampung dan mengajak Waliq serta Paimin belayar bersamanya. Paimin menolak ajakan itu kerana ibunya tidak mengizinkannya sementara Waliq bersetuju kerana ini adalah peluang

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE