Posts

Sinopsis Telefilem Sesekali

Image
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut. Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa. Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2. Menariknya, Sesekali diadaptasi

10 Filem Terbaik Raikan Penonton RTM Aidilfitri Ini

Image
Meskipun banyak pilihan program diberikan kepada penonton khas sepanjang sambutan Aidilfitri ini, namun hakikatnya penggemar filem tempatan mahu pun filem luar negara pastinya ternanti-nantikan sama ada filem kegemaran mereka tersenarai menerusi saluran televisyen raya ini.  Sepanjang lima hari berturut-turut, RTM menerusi saluran TV2 turut sama menjanjikan tayangan 10 filem tempatan, dan antarabangsa yang tidak pernah bosan ditonton berulang kali yang disiarkan berturut-turut mulai 5 hingga 9 Jun 2019. Tajuk filem dipilih iaitu ‘ Dubai My Love’ , ‘Chowrasta’, ‘Azura’, ‘Kaabil’, ‘An Evening In Paris’ , ‘Sethupathi’, ‘Ola Bola’ dan ‘London Has Fallen’ . Istimewa kepada semua juga tayangan filem ‘Surga Yang Tak Dirindukan’ pada 5 Jun ini, dan esoknya, 6 Jun, disiarkan ‘Surga Tak Dirindukan 2’. Kedua-duanya menemui penonton pukul 8.30 malam.   ‘ DUBAI MY LOVE’ (5 JUN, 2.00 PETANG) Pelakon : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali dan Puteri Najuwa. Sinopsis : Mengisah

Sinopsis Drama Bersiri Warkah dari Firenza

Image
Pengarah: Adinata Mohd Khalil  Barisan pelakon: Ika Nabila, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, dan Rahhim Omar Saluran TV: TV2, portal online Myklik (myklik.rtm.gov.my), RTM mobile Waktu Siaran:  setiap Isnin dan Khamis, pukul 8.30 malam Jumlah episod: 13 episod (bermula pada 27 Mac 2019) SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA “Warkah Dari Firenza” adalah drama bersiri terbaharu merupakan    kisah benar dalam masyarakat Bugis yang berlatarkan tahun 1950an tentang seorang nelayan yang  meninggalkan isteri dan anaknya untuk belayar sebagai kelasi kapal bagi mengubah nasib dirinya.  Kisah bermula dengan Waliq, nelayan miskin yang berjaya merebut cinta Maddani dan memperisterikannya. Kehadiran Mosek kelasi kapal pulang ke kampung dan mengajak Waliq serta Paimin belayar bersamanya. Paimin menolak ajakan itu kerana ibunya tidak mengizinkannya sementara Waliq bersetuju kerana ini adalah peluang

SINOPSIS TELEMOVIE: HUJAN MANIK DI TV1

Image
Tidak perlu diperkenalkan lagi dua nama besar dalam bidang lakonan, Fauziah Nawi dan Rominah Sidek. Lakonan mantap dua figura ini sememangnya dekat di hati penonton. Terbaharu kedua-duanya muncul sebagai pasangan adik-beradik dalam telemovie arahan Hisyamudian Ahmad bertajuk “Hujan Manik” yang diterbitkan Unit Drama TV RTM. Disiarkan menjelang sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom, lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sidek yang terpisah sejak kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula. SINOPSIS HUJAN MANIK Telemovie Hujan Manik mengangkat kisah lara seseorang yang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari di mana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolahan yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya sendiri. Pada masa sama j

"Gitar dalam Beg" di TV1 : Kembara Solo Komposer Jejak Muzik di Asia Tenggara

Image
Travelog kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sudah  bersiaran sejak 18 November 2018 lalu, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1. Menampilkan Syafi’i daripada Kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan, 13 program  diberi nama “Gitar Dalam Beg” ini menonjolkan perkongsian cukup indah tentang kejayaan individu yang berjaya mengangkat artis popular seperti Sheila On 7 dan Rossa juga faktor-faktor yang membantu kejayaan seseorang artis dalam industri muzik. Menariknya kembara Syafi’i singgah di bandar-bandar di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand, dan Cambodia menonton persembahan muzik dengan elemen tradisional negara yang dikunjungi serta persembahan yang terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis alat muzik. Destinasi pertama dikunjungi ialah Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik menuju ke Gudang Sarinah, (tempat pembelajaran berka

Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT” , bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu. Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM. Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lir

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE