Posts

Puisi: Bisikan Cinta

Image
BISIKAN CINTA Nukilan : Dalin LienDa Winda Telah kutulis sebuah puisi tentang segenap  cintaku kepadamu Tak ingin rasa ini terkikis oleh waktu yang berputar Nyata aku masih samar di matamu Apa lagi harus aku lakukan Yakinilah aku tak pernah berdusta tentang hatiku Dengarkan bisikan cintaku  di cuping telingamu Ku berharap suatu saat nanti Akan sampai jua ke hatimu Berikan aku sedikit waktumu Cubalah kau dengar isi hatiku Izinkan aku mencintai dirimu Aku ingin selalu ada denganmu Dan melayar impian bersama Aku ingin menjagamu sehingga ke akhir nafasku Facebook:  Dalin LienDa Winda Instagram:  dalinliendawinda Twitter:  @dalinlienda Youtube:  Dalin LienDa Winda

Empayar Cinta

Image
EMPAYAR CINTA Nukilan: Dalin LienDa Winda Mengusung  suara hati Suara yang merdu tapi bisu Mungkin bisa hidup hari ini Esok siapa tahu nasibnya Menanam sebuah harapan Di seluruh pelusuk dunia Demi satu impian Mungkin esok bisa bahagia Air mata tak bisa hapus segala derita Sekadar memujuk hati berasa lega Bangkitlah.. Luaskan empayar cinta cinta ini bukan cinta biasa Hanya untuk yang tahu menghargai  makna  cinta  VIDEO Nukilan: Facebook:  Dalin LienDa Winda Instagram:  dalinliendawinda Twitter :  @dalinlienda Youtube :  Dalin LienDa Winda

Anugerah Fitri

Image
ANUGERAH FITRI Nukilan: Dalin LienDa Winda Hari Raya.. Ku bawa kau pulang agar dirimu t ak pernah lupa kampung halaman Ibu gembira  kau ada di sisi   Senyumlah selalu  sayangku.. Rela berkorban  segalanya dan selalu  mendoakan  kebahagiaan  dan kejayaan buatmu.. di dunia dan akhirat Dewasalah.. menjadi seorang  anak  yang soleh Dewasalah.. menjadi seorang lelaki terhebat Sambutlah.. Anugerah fitri dengan gembira Syukur pada Ilahi mempertemukan kita  dengan hari bahagia Nukilan : Facebook:    Dalin LienDa Winda Instagram :   @dalinliendawinda

SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100?

Image
SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100? Merancang kewangan untuk persiapan hari raya adalah sangat penting. Serba serbi nak baru kan. Tapi jangan terlalu mengikut nafsu. Kita wajib senaraikan antara keperluan dan kehendak sempena raya ni. Barulah bajet tak tersasar..dan tak garu kepala lepas raya. Haha..(gelak jahat). Selain menyediakan pakaian raya, juadah dan hiasan rumah sempena raya, ciri-ciri keselamatan semasa berada di jalan raya  atau memandu juga kena ambil kira tau.CERMIN MATA..ya cermin mata.Untuk pengetahuan korang,cermin mata lien dah lama patah dan lien pengguna tegar kanta lekap. Menggunakan kanta lekap dalam jangka waktu yang sangat lama tidak digalakkan. Nak balik raya baru sibuk nak cari cermin mata. hahah..(gelak jahat lagi..).Trafik sibuk di jalan raya adalah satu hal yang sering terjadi pada musim hari raya dan kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dari awal. Untuk menjayakan misi kali ni, lien memilih lokasi NU S

Koleksi Terkini Cahaya Taj Sempena Raya 2017

Image
Hai korang,dah mula sibuk dengan persiapan raya? Tema dan fesyen raya yang bagaimana korang rancang tahun ni?Alamak..tak ada idea lagi ke?Mungkin entry lien kali ni dapat memberi idea dan inspirasi kat korang.Jom baca entry ni sampai habis tau.. Bagi sesetengah orang, nama butik ni sudah tak asing lagi. Bagi yang baru pertama kali mendengar nama butik ni, jom lien nak bercerita serba sedikit mengenai Butik Cahaya Taj. Untuk pengetahuan, Cahaya Taj di buka secara rasmi pada 05 Mei 2015. Cahaya Taj terletak berhadapan dengan kolej komuniti Bukit Beruang, Melaka.Cahaya Taj menampilkan koleksi baju kurung, kurung moden, kebaya, peplum dan juga tudung selendang. Seiring dengan visi dan misi Cahaya Taj ingin menambat hati pelanggan dengan sentiasa memastikan kualiti fabrik, rekaan dan jahitan pakaian yang dihasilkan sentiasa terjamin. Selain itu, Cahaya Taj sentiasa memberikan perkhidmatan yang eksklusif dan terbaik dengan corak rekaan yang moden dan terkini. Walaup

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE