Posts

Showing posts with the label Event

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018?  Hariz Juara Bintang RTM 2018 Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik .  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik. Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Image
Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.  Untuk pengetahuan, Bintang RTM 2018 mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara.  Sesi uji bakat untuk Pencarian Bakat Bintang RTM kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.    Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara). Sesi tersebut berlangsung pada  pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi. Antara syarat peserta uji baka

Pemenang Generasi Muda Bangga Menyanyikan Lagu Patriotik Yang Jarang diputarkan di Radio

Image
Sebaik sahaja sampai di perkarangan wisma radio angkasapuri RTM, lien terus melangkah ke auditorium perdana. Kelihatan ramai yang sedang menanti pintu masuk dibuka untuk menyaksikan pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Radio Klasik 2017 Peringkat Akhir. Dan tak lama kemudian, orang ramai sudah mula dibenarkan masuk dan memenuhi tempat duduk dalam auditorium.  Penonton yang membanjiri auditorium tergolong dari pelbagai lapisan usia iaitu dewasa sehingga kanak-kanak. Lien berpendapat bahawa pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada kita terutamanya generasi muda tentang lagu-lagu yang berunsurkan patriotik. Pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Peringkat Akhir yang telah berlangsung pada 16 September 2017 dianjurkan oleh Radio Klasik dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn Bhd. Pertandingan ini diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017.  Rasa bertuah dapat turut serta menyaksikan pertandingan ini ke

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE