Posts

Showing posts with the label Event

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Image
Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.  Untuk pengetahuan, Bintang RTM 2018 mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara.  Sesi uji bakat untuk Pencarian Bakat Bintang RTM kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.    Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara). Sesi tersebut berlangsung pada  pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi. Antara syarat peserta uji baka

Pemenang Generasi Muda Bangga Menyanyikan Lagu Patriotik Yang Jarang diputarkan di Radio

Image
Sebaik sahaja sampai di perkarangan wisma radio angkasapuri RTM, lien terus melangkah ke auditorium perdana. Kelihatan ramai yang sedang menanti pintu masuk dibuka untuk menyaksikan pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Radio Klasik 2017 Peringkat Akhir. Dan tak lama kemudian, orang ramai sudah mula dibenarkan masuk dan memenuhi tempat duduk dalam auditorium.  Penonton yang membanjiri auditorium tergolong dari pelbagai lapisan usia iaitu dewasa sehingga kanak-kanak. Lien berpendapat bahawa pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada kita terutamanya generasi muda tentang lagu-lagu yang berunsurkan patriotik. Pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Peringkat Akhir yang telah berlangsung pada 16 September 2017 dianjurkan oleh Radio Klasik dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn Bhd. Pertandingan ini diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017.  Rasa bertuah dapat turut serta menyaksikan pertandingan ini ke

Syahadah Musim Ke 12 Tajaan EZ Group dan Asianic Bakal Menemui Penonton Sepanjang Ramadhan

Image
Program tonggak RTM iaitu Syahadah musim ke-12 akan menemui penonton  setiap hari bermula 26 Mei 2017 sebanyak 30 episod.Tema adalah "Raikan Nur Islam". Untuk pengetahuan semua,Syahadah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari(UMD) RTM.Dua kumpulan penerbitan ditubuhkan bagi menjayakan program Syahadah.Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin, dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinataor), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).Penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim,Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah dan Hanif Nordin serta Hafizah Rosli. Rancangan ini ditaja oleh EZ Group dan EZ Qurban. 5 PERKARA TENTANG SYAHADAH MUSIM KE 12 PAPAR KEISTIMEWAAN ISLAM DI MAGHRIBI Penonton Syahadah akan meyaksikan keindahan Islam di Negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi

Tuan Wan Nong Muzafar Figura Berpengaruh Dalam Dunia Keusahawanan

Image
Entry kali ni berkisar tentang seorang figura berpengaruh dalam dunia keusahawanan.Nama ini tidak asing lagi bagi mereka yang sedang atau sudah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan.Bagi korang yang pertama kali mendengar nama ini, lien gerenti korang pasti teruja untuk mengenali siapakah figura yang lien maksudkan.Figura yang dimaksudkan adalah Tuan Wan Nong Muzafar. Bloggers Day bersama Wan Nong Muzafar Bloggers Day Bersama Wan Nong Muzafar 5 PERKARA MENARIK TENTANG TUAN WAN NONG MUZAFAR OTAI BISNES Rasanya tak salah seandainya lien melabelkan beliau sebagai otai dalam bisnes memandangkan pengalaman beliau  lebih 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat.Antara nama besar yang pernah mendapatkan khidmat konsultasi beliau adalah Jelita Sara yang kini gah namanya. TAK KENAL ERTI PUTUS ASA Inilah sifat yang ada dalam diri seorang yang bernama Tuan Wan Nong Muzafar.Beliau pernah beberapa kali berada di bawah.Tapi tidak pernah membuat beliau rasa lemah

Mood Republik KL Festival Raya

Image
Mood republik menganjurkan KL Raya Fest di PWTC,Kuala Lumpur berlangsung pada 24 Jun 2016 hingga 27 Jun 2016.KL Raya Festival ,72 Jam non stop festival tau.Shopping sampai lebam.Lebih 600 jenama dan selebriti popular berhimpun di sini. Berkesempatan singgah pada malam 26 Jun 2016.Kami rambang mata tau sebab banyak sangat pilihan dan hampir setiap booth menawarkan harga yang super murah.Dapat juga grab 2 pasang baju raya kat sana dengan kerongsang. Amsyar pula sibuk tunjuk kuih raya.Semua kuih raya dia nak.hehe. Lien share gambar-gambar di pentas utama yang sempat dirakamkan. T erima kasih sudi baca entry ni. Jemput like page  Dalinliendawinda Blogspot

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE