Posts

Showing posts with the label Drama

Sinopsis Siri Inggeris bertajuk "Matador"

Image
Mengisi slot Sunday Screening yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2, siri Inggeris bertajuk “Matador” tentang bintang bola sepak yang popular menghidupkan dua sisi rahsia kehidupan sebagai pengendali rahsia untuk CIA dalam siri tindakan-pengembaraan ini. Dibintangi watak utama oleh Gabriel Luna, Alfred Molina, Peter Gadiot, 13 episod siri ini menemui penonton mulai 10 Disember ini, setiap Ahad, pukul 9.30 malam di TV2. Dalam skrip siri aksi ini, Tony Bravo lakonan Gabriel Luna adalah agen DEA yang direkrut oleh CIA untuk menyusup ke Los Angeles Riot, sebuah pasukan bola sepak profesional. CIA mengesyaki pemilik Riot, Andrés Galan (Alfred Molina), menggunakan sumber kuasanya yang besar untuk membiayai aktiviti haram. Semasa percubaan pasukan, Bravo serius mencederakan salah seorang pemain Riot dalam perlawanan tersebut meskipun pada awalnya dia memperoleh kemesraan pemilik dan pasukan. Apabila rakaman insiden itu berlaku, Bravo mendapat

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Image
Kisah pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Kristal  di TV2  "Healer" yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, sebanyak 26 episod siri ini dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young. Mengisahkan tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini. Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai. Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang

Cahaya Malaika

Image
Siapa yang dah tonton telefilem Cahaya Malaika?Lien berkesempatan menonton telefilem ni semalam yang disiarkan di TV3. Hubby beritahu yang beliau sudah lama   menonton telefilem ni. Barulah lien tahu yang telefilem ini pernah disiarkan pada tahun lepas. Sebuah telefilem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin ini sangat menarik dan menyentuh kalbu.Lakonan yang mantap oleh barisan pelakon yang hebat seperti Que Haidar,Sharifah Shahora, Riz Azman,Adik Putri Luvvna,Roy Azman,Normah Damanhuri dan ramai lagi.Serius tabik.Air mata ku ini hampir bergenang tau semasa menonton cerita ni.Sebak.Boleh dikatakan kebanyakannya cerita Bollywood   yang boleh menyentuh sanubari lien ni .Tapi penangan telefilem ni..perghhh. Syabas kepada team   ‘ Cahaya Malaika’. Selepas menonton cerita Cahaya Malaika ni, lien ringkaskan dan share dengan korang: Mengisahkan Ezra   seorang penulis yang mengharungi liku kehidupan yang sangat sukar selepas kematian ibunya.Ibarat sudah jatuh di

Cinta Si Wedding Planner

Image
Assalamualaikum.. Pelakon : Mira Filzah, Adi Putra Haa..peminat drama Cinta Si Wedding Planner mesti tak lepaskan peluang mengikuti siri drama tersebut kan. Episod semalam..drama ni dah sampai klimaks tau.Scene yang paling best dan berdebar-debar scene yang kat bawah ni.Kesabaran zara sebagai seorang isteri sedang diuji.Zara seorang isteri yang sabar.Tapi kesabaran Izara Batrisya ada batasnya tau.. Zara: What is going on between us? If I’m at fault, just tell me so I can fix this Fariz:  Can you leave me in peace? Zara: Honey if you have problem talk to me.We can solve it together Fariz: I’m going to bed Zara: Hold it right there, Fariz Adryan! Why do you have to run away everytime there is a problem? Why can’t you just face it? Yes ours is an arranged marriage. It’s a solid excuse for you to do as you wish You’re a man, Fariz.Don’t treat me as an excuse.You still can say no.You care  about mama’s feeling, but what about mine?! You rip my

Hello Mr. Perfect

Image
Assalamualaikum.. Drama Mencintaimu telah pun melabuhkan tirai. Lien bagi sepuluh bintang. Sebab drama yang best dan lakonan yang hebat dari pelakon-pelakon drama tersebut. Siri baru yang menggantikan drama Mencintaimu sudah pun menemui penonton semalam pada episod pertama.Drama siri baru yang diadaptasi dari novel berjudul 'Hello Mr. Perfect'.  Episod pertama semalam, hati si izzul tu dah tertutup buat wanita. Adakah pintu hatinya akan terbuka semula atau pun terus tertutup buat wanita???Ayah si Izzul ni terpaksa bagi syarat tak mahu adik langkah bendul supaya si Izzul tu kahwin cepat.Complicated jugak ni kan.Lien teruja untuk menonton episod yang seterusnya. Korang macam mana plak??? Judul : Hallo Mr. Perfect Episod : 28 Episod Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis. 6.58 petang bermula 30 September 2015 Slot Siaran : Slot Akasia TV3 Skrip : Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim Novelis: Waniey Zakaria Pengarah : Nuad Hj. Othman Terbitan : A.Aida P

Drama : Istikharah Cinta

Image
Drama Istikharah Cinta telah pun melabuhkan tirai semalam 6 February 2015. Tayangan eksklusif bersama peminat drama tersebut di Rasta TTDI. Saya tak melepaskan peluang ni hadir meluangkan masa menonton dua episod akhir. Memang meriah sangat suasana di rasta semalam.Amsyar siap tepuk tangan lagi.Menonton sambil menikmati hidangan nasi kerabu dan juice carrot. Lepas selesai episod 27 kami order lagi roti nan dan ayam tandoori.Sambil makan sambil layan drama.Chill lah. Antara artis yang turut hadir semalam Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Falisha Crossley, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Nizen Ayob, Eyka Farhana, Harris Alif etc. Ending drama ni happy ending. Yaaayyyy. Best.Okay jom tengok gambar yang sempat dirakamkan malam tadi. Lia Natalia dan Azizul Ammar   Nizen Ayob dan Faye Kusairi Eyka Farhana, Azizul Ammar, Harris Alif, Nizen Ayob, Lia Natalia, Faye Kusairi Falisha Crossley Faye Kusairi Antara barisan pelakon yang hadir

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE