Posts

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Image
Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.  Untuk pengetahuan, Bintang RTM 2018 mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara.  Sesi uji bakat untuk Pencarian Bakat Bintang RTM kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.    Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara). Sesi tersebut berlangsung pada  pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi. Antara syarat peserta uji baka

Seumpama Berspa Lima Bintang dengan Produk Asianic di Rumah Sendiri

Image
Entry kali ini, lien ingin berkongsi pengalaman seumpama berspa lima bintang dengan produk asianic di rumah sendiri.  Kesibukan membataskan lien untuk memanjakan diri di spa atau mana-mana pusat kecantikan secara kerap. Jadi dengan produk dari Asianic sangat membantu dan menjadi pilihan terbaik untuk mengekalkan kecantikan kulit tanpa sebarang alasan kerana sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa.   Terlebih dahulu lien ingin berterima kasih kepada Dilla memperkenalkan kepada lien produk mandian Asianic. Korang jemput baca entry ni sampai habis tau. Lien ingin berkongsi lebih lagi info tentang Asianic dengan korang. Asianic adalah jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Terdapat rangkaian produk krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura (cherry Blossom). Lien telah mencuba set mandian ricemilk. Untuk pengetahuan, produk Asianic adalah HALAL dan mendapat kelulusan KKM. Jadi lien

REVIEW: SHAMPOO SANTAN SOLUSI TERBAIK MASALAH RAMBUT

Image
Bagi wanita berhijab masalah rambut yang sering dialami adalah kegatalan kulit kepala, kelemumur dan rambut berbau kurang menyenangkan. Garu-garu kepala sebab kepala memang dah sedia gatal ditambah lagi buntu dan pening memikirkan cara nak atasi masalah ini. Masalah keguguran rambut pula merupakan masalah yang dialami baik wanita mahupun lelaki. Apakah masalah rambut yang korang hadapi? Jomlah share sini.  Bagaimanakah cara penjagaan rambut bagi memastikan rambut kekal sihat? Dalam entry sebelum ni, lien pernah berkongsi tentang penjagaan rambut. Antaranya adalah minum air putih yang cukup, mencuci rambut mengikut jadual dan yang penting pemilihan produk penjagaan rambut yang betul.  Bercakap mengenai produk penjagaan rambut ni lien ada terima bungkusan produk penjagaan rambut dari saudari Qisha. Sebaik sahaja membuka bungkusan yang dikirim oleh saudari Qisha iaitu ejen shampoo santan , lien sangat teruja dan tak sabar untuk mencuba. Kini sudah lebih 2 bulan lien m

Pemenang Generasi Muda Bangga Menyanyikan Lagu Patriotik Yang Jarang diputarkan di Radio

Image
Sebaik sahaja sampai di perkarangan wisma radio angkasapuri RTM, lien terus melangkah ke auditorium perdana. Kelihatan ramai yang sedang menanti pintu masuk dibuka untuk menyaksikan pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Radio Klasik 2017 Peringkat Akhir. Dan tak lama kemudian, orang ramai sudah mula dibenarkan masuk dan memenuhi tempat duduk dalam auditorium.  Penonton yang membanjiri auditorium tergolong dari pelbagai lapisan usia iaitu dewasa sehingga kanak-kanak. Lien berpendapat bahawa pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada kita terutamanya generasi muda tentang lagu-lagu yang berunsurkan patriotik. Pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Peringkat Akhir yang telah berlangsung pada 16 September 2017 dianjurkan oleh Radio Klasik dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn Bhd. Pertandingan ini diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017.  Rasa bertuah dapat turut serta menyaksikan pertandingan ini ke

Puisi: Bisikan Cinta

Image
BISIKAN CINTA Nukilan : Dalin LienDa Winda Telah kutulis sebuah puisi tentang segenap  cintaku kepadamu Tak ingin rasa ini terkikis oleh waktu yang berputar Nyata aku masih samar di matamu Apa lagi harus aku lakukan Yakinilah aku tak pernah berdusta tentang hatiku Dengarkan bisikan cintaku  di cuping telingamu Ku berharap suatu saat nanti Akan sampai jua ke hatimu Berikan aku sedikit waktumu Cubalah kau dengar isi hatiku Izinkan aku mencintai dirimu Aku ingin selalu ada denganmu Dan melayar impian bersama Aku ingin menjagamu sehingga ke akhir nafasku Facebook:  Dalin LienDa Winda Instagram:  dalinliendawinda Twitter:  @dalinlienda Youtube:  Dalin LienDa Winda

Empayar Cinta

Image
EMPAYAR CINTA Nukilan: Dalin LienDa Winda Mengusung  suara hati Suara yang merdu tapi bisu Mungkin bisa hidup hari ini Esok siapa tahu nasibnya Menanam sebuah harapan Di seluruh pelusuk dunia Demi satu impian Mungkin esok bisa bahagia Air mata tak bisa hapus segala derita Sekadar memujuk hati berasa lega Bangkitlah.. Luaskan empayar cinta cinta ini bukan cinta biasa Hanya untuk yang tahu menghargai  makna  cinta  VIDEO Nukilan: Facebook:  Dalin LienDa Winda Instagram:  dalinliendawinda Twitter :  @dalinlienda Youtube :  Dalin LienDa Winda

Anugerah Fitri

Image
ANUGERAH FITRI Nukilan: Dalin LienDa Winda Hari Raya.. Ku bawa kau pulang agar dirimu t ak pernah lupa kampung halaman Ibu gembira  kau ada di sisi   Senyumlah selalu  sayangku.. Rela berkorban  segalanya dan selalu  mendoakan  kebahagiaan  dan kejayaan buatmu.. di dunia dan akhirat Dewasalah.. menjadi seorang  anak  yang soleh Dewasalah.. menjadi seorang lelaki terhebat Sambutlah.. Anugerah fitri dengan gembira Syukur pada Ilahi mempertemukan kita  dengan hari bahagia Nukilan : Facebook:    Dalin LienDa Winda Instagram :   @dalinliendawinda

SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100?

Image
SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100? Merancang kewangan untuk persiapan hari raya adalah sangat penting. Serba serbi nak baru kan. Tapi jangan terlalu mengikut nafsu. Kita wajib senaraikan antara keperluan dan kehendak sempena raya ni. Barulah bajet tak tersasar..dan tak garu kepala lepas raya. Haha..(gelak jahat). Selain menyediakan pakaian raya, juadah dan hiasan rumah sempena raya, ciri-ciri keselamatan semasa berada di jalan raya  atau memandu juga kena ambil kira tau.CERMIN MATA..ya cermin mata.Untuk pengetahuan korang,cermin mata lien dah lama patah dan lien pengguna tegar kanta lekap. Menggunakan kanta lekap dalam jangka waktu yang sangat lama tidak digalakkan. Nak balik raya baru sibuk nak cari cermin mata. hahah..(gelak jahat lagi..).Trafik sibuk di jalan raya adalah satu hal yang sering terjadi pada musim hari raya dan kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dari awal. Untuk menjayakan misi kali ni, lien memilih lokasi NU S

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE