Posts

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

Image
Lien tak jemu nak berkongsi rahsia langsing selepas melahirkan anak.Biar pun disua soalan yang sama oleh ramai orang setiap kali bertemu, lien takkan bosan.Suka melihat wanita kat luar sana tampil cantik. Jangan pernah putus asa untuk kekal slim selepas melahirkan anak.Untuk pengetahuan, saya pernah berkongsi cara nak slim selepas bersalin dalam entry sebelum ni. Jujur lien katakan tak mudah nak tampil slim selepas berumah tangga dan melahirkan anak.Masa sangat terhad untuk diri sendiri,tabiat dan jadual makan yang berubah-ubah adalah cabaran paling utama.Tahniah lien ucapkan kepada wanita yang berjaya tampil kurus selepas melahirkan anak. Cara yang paling mudah lien boleh kurus selepas bersalin dengan hanya makan bubur masa pantang 44 hari.Sumber protein dan karbohidrat yang ringkas seperti susu,ikan dan biskut juga antara menu utama waktu itu.Lien juga mengambil supplement sebagai makanan tambahan untuk menjamin nutrien yang diperoleh mencukupi. Lien sarankan pada wan

Bukan Untuk Seorang

Image
BUKAN UNTUK SEORANG (Nukilan: Dalin LienDa Winda) Sepetang aku Bertandang ke sebuah warung Aku minta disaji Semangkuk cendol pulut Aroma dan ramuannya Memikat pancaindera Belum kuhirup Namun sudah menggiur rasa Angin menjamah pipi Cendol membasahi tekak Nyaman Saat aku Menghirup nikmat Ada manusia lain Kenyang  menelan liur Sedangkan perutnya sedang menangis Kita selalu terlupa Tentang itu Mari ke mari Kita sama-sama kenyang Kerana nikmat  bukan untuk seorang Nikmat  dikongsi  dengan orang

Syahadah Musim Ke 12 Tajaan EZ Group dan Asianic Bakal Menemui Penonton Sepanjang Ramadhan

Image
Program tonggak RTM iaitu Syahadah musim ke-12 akan menemui penonton  setiap hari bermula 26 Mei 2017 sebanyak 30 episod.Tema adalah "Raikan Nur Islam". Untuk pengetahuan semua,Syahadah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari(UMD) RTM.Dua kumpulan penerbitan ditubuhkan bagi menjayakan program Syahadah.Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin, dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinataor), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).Penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim,Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah dan Hanif Nordin serta Hafizah Rosli. Rancangan ini ditaja oleh EZ Group dan EZ Qurban. 5 PERKARA TENTANG SYAHADAH MUSIM KE 12 PAPAR KEISTIMEWAAN ISLAM DI MAGHRIBI Penonton Syahadah akan meyaksikan keindahan Islam di Negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi

Tuan Wan Nong Muzafar Figura Berpengaruh Dalam Dunia Keusahawanan

Image
Entry kali ni berkisar tentang seorang figura berpengaruh dalam dunia keusahawanan.Nama ini tidak asing lagi bagi mereka yang sedang atau sudah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan.Bagi korang yang pertama kali mendengar nama ini, lien gerenti korang pasti teruja untuk mengenali siapakah figura yang lien maksudkan.Figura yang dimaksudkan adalah Tuan Wan Nong Muzafar. Bloggers Day bersama Wan Nong Muzafar Bloggers Day Bersama Wan Nong Muzafar 5 PERKARA MENARIK TENTANG TUAN WAN NONG MUZAFAR OTAI BISNES Rasanya tak salah seandainya lien melabelkan beliau sebagai otai dalam bisnes memandangkan pengalaman beliau  lebih 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat.Antara nama besar yang pernah mendapatkan khidmat konsultasi beliau adalah Jelita Sara yang kini gah namanya. TAK KENAL ERTI PUTUS ASA Inilah sifat yang ada dalam diri seorang yang bernama Tuan Wan Nong Muzafar.Beliau pernah beberapa kali berada di bawah.Tapi tidak pernah membuat beliau rasa lemah

Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam Pilihan Dalin LienDa WInda

Image
Selama ini ku tercari-cari teman sejati.Akhirnya sudah ku temui.Lalalalala...Korang nak tahu tak kenapa lien happy sangat?Sebab lien dah jumpa solution kepada masalah kulit lien selama ni.Lien ni kerap juga berada di bawah terik mentari,gemar bermekap,seharian berada di tempat berhawa dingin dan kadang-kadang culas minum air putih.Tanpa lien sedari hal tersebut menyumbang kepada masalah kulit kering.Masalah kulit kering sangat menghantui lien.Lien dah temui penyelesaian kepada masalah lien.Lien nak beritahu korang,lien dah jatuh cinta dengan Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam. 5 SEBAB JATUH CINTA DENGAN NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING CLEANSING OIL TO FOAM 2 DALAM 1: PEMBERSIH DAN PENANGGAL MEKAP Yang paling menarik,Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam boleh digunakan sebagai makeup remover dan juga pembersih.Boleh menjimatkan masa dan wang sekaligus membersihkan wajah sebaik yang mungkin dengan hanya satu cucian. BAU YANG HARUM

Musim Yang Berubah

Image
MUSIM YANG BERUBAH Nukilan: Dalin LienDa Winda Kesejukan  Kedinginan Mencengkam Jiwa lara Sendiri dan sepi Menyelimuti Yang direncana  tak sama dengan takdir  yang terjadi Namun Musim pasti berubah Hidup ini ada musim dan cerita tersendiri Hidup ini tak selamanya  hitam dan putih sahaja oleh:  Facebook :   Dalinliendawinda Blogspot Instagram :  @dalinliendawinda

D'kayangan Grill and Barbeque Steamboat Restoran Berkonsep 2 Dalam 1 Pilihan Terbaik

Image
D'Kayangan Grill and Barbeque Steamboat membuat transformasi idea yang menarik dengan menggabungkan buffet berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu steamboat dan grill.  5 PERKARA MENARIK TENTANG D'KAYANGAN YANG ANDA PATUT TAHU TRANSFORMASI STEAMBOAT DAN GRILL Pada asalnya restoran ini menyediakan masakan steamboat dengan pilihan sup  ayam atau tomyam bersama aneka makanan laut yang segar.Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong.Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. HIDANG MENU SEGAR D'Kayangan menyediakan aneka makanan laut yang segar seperti udang besar, ketam, kupang kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi serta pelbagai bebola,

JRevolusi Filem Wajib Tonton 2017 bermula 2 Mac 2017 di Pawagam

Image
Assalamualaikum..  Filem aksi terbaru JRevolusi memaparkan kehidupan anggota unit tindakan khas.Sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Production.JRevolusi bakal menggegarkan pawagam bermula 2 Mac 2017. FILEM WAJIB TONTON 2017  FILEM AKSI TERBAIK   JRevolusi adalah sebuah filem tempatan yang setaraf filem hollywood.Filem aksi berunsur kekeluargaan,nilai persahabatan, perjuangan dan di selit sedikit dengan percintaan. PENGARAH TERBAIK Pengarah filem hebat ini adalah Zulkarnain Azhar. BARISAN PELAKON HEBAT DAN MANTAP   Dengan gabungan penampilan unit tindakan khas dan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra serta penampilan khas dato' Hans Isaac membuatkan penonton tak mahu berganjak dari kerusi dan tak kering gusi dengan lawak jenaka yang bersahaja.Masing-masing membawakan peranan yang sangat penting.Terutama kelainan yang dilakonkan oleh Izara Aisyah yang belum pernah ditonton dalam

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE