Posts

Showing posts with the label Bintang Klasik 2019

Uji bakat Bintang Klasik 2019

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio KLASIK terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama menerusi penganjuran pencarian bakat Bintang Klasik 2019. Merupakan edisi yang kelapan, tahun ini menyaksikan pencarian bakat dilaksanakan untuk zon Semenanjung dan Zon Sabah dan Sarawak sahaja. Uji bakat untuk zon Semenanjung akan diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad), di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seterusnya sesi uji bakat untuk zon Sabah dan Sarawak akan dijalankan serentak pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) bermula 9.00 pagi hingga 5 petang. Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 30 tahun, yang dikehendaki memilih dan menyanyikan satu (1) buah lagu daripada tahun 50an hingga 90an

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE