Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM



Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT”, bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu.

Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM.

Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lirik iaitu Ad Samad, Waris dan Ippo Hafiz.

Ia kemudiannya diselitkan dengan selingan temu bual berkongsi pendapat tentang perbezaan lirik dulu dengan sekarang bersama artis Jatt (Black Dog Bone), Adeep Nahar, Daly Filsuf, dan Misha Omar. Menariknya program santai ini turut berkongsi segmen bersama peminat selebriti undangan di studio. Malah dilengkapi dengan iringan muzik daripada Kumpulan Reuz Band, finalis Rentak Juara 2017.
Minggu berikutnya pula mengupas topik “Media Sosial Kurang Adab” bersama tiga panel undangan. 




Saksikan kesemua episod Hotspot. Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO