Posts

Showing posts from April, 2018

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018? 

Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik.  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik.
Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan lagu baru bertajuk Kata Hati ciptaan AG Coco.

Peme…

Enam Finalis Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Majlis Sidang Media Bintang RTM 2018 Akhir telah berlangsung pada 2 April 2018 di D'Arina Skyview Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Kumpur. Sidang Media diadakan bertujuan untuk memperkenalkan secara rasmi finalis yang berjaya ke pringkat akhir, konsep serta tema yang akan dibawa pada pentas akhir dan tempat konsert akhir. Majlis ini juga turut memberi lebih banyak ruang lagi kepada finalis, media, blogger dan jemputan yang hadir untuk beramah mesra dan mengenali finalis dengan lebih dekat lagi. Majlis ini diacarakan oleh pengacara DjSonic.















Untuk pengetahuan, kemuncak Bintang RTM 2018 yang bakal berlangsung pada 7 April 2018 di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam akan disiarkan secara langsung di TV2. Enam peserta yang layak ke peringkat akhir adalah Ferona, Heidi, Hariz, Hafiz, Yasser dan Anna.
Pada pentas akhir Bintang RTM 2018 ini, peserta akan bersaing dalam tiga pusingan diiringi oleh Orkestra RTM yang dipimpin oleh Azman Mustapha. P…

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir.
Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018.


Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri. 
Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu
Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman Cinta





VIDEO