Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"




Kisah pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Kristal di TV2 "Healer" yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, sebanyak 26 episod siri ini dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young.

Mengisahkan tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini.


Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai. Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang terlibat dalam kes ini untuk membantu mereka menyelesaikan kes yang telah lama menjadi misteri itu.


Dalam usahanya untuk menyelesaikan kes tersebut, Kim tidak keseorangan kerana dia dibantu oleh seorang wartawan internet (blogger) iaitu Chae Yong-shin dan Seo Jung-hoo, seorang pemuda misteri digelar ‘Healer’ yang kebetulan memiliki kelebihan dalam hal perjuangan.


Mereka bertiga saling berkerjasama untuk merungkai kes ini malah pada masa sama mereka juga menjadi wartawan yang amat disegani. Namun dalam perjuangan mereka untuk menemukan kebenaran, mereka harus berdepan dan berurusan dengan konflik kebenaran yang menyiksakan. 
Bagaimanakah cerita selengkapnya tentang perjuangan mereka? Ikuti kesudahannya dalam siri romantik, komedi dan thriller ini di TV2. 

Jika tidak sempat untuk menonton di TV, boleh juga ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Jika bermanfaat, silakan berkongsi entry ni ya. Boleh ikuti saya di semua platform media sosial seperti yang tertera di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO