D'kayangan Grill and Barbeque Steamboat Restoran Berkonsep 2 Dalam 1 Pilihan Terbaik

D'Kayangan Grill and Barbeque Steamboat membuat transformasi idea yang menarik dengan menggabungkan buffet berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu steamboat dan grill. 

5 PERKARA MENARIK TENTANG D'KAYANGAN YANG ANDA PATUT TAHU

TRANSFORMASI STEAMBOAT DAN GRILL

Pada asalnya restoran ini menyediakan masakan steamboat dengan pilihan sup  ayam atau tomyam bersama aneka makanan laut yang segar.Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong.Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.


HIDANG MENU SEGAR


D'Kayangan menyediakan aneka makanan laut yang segar seperti udang besar, ketam, kupang kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi serta pelbagai bebola,sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk.
Di antara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos air asam, ikan pari assam nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut.

Turut tersedia pelbagai kuih muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai.

Turut disajikan juga air batu campur.

KAMBING GOLEK SETIAP HARI

Yang ni lien tak sabar nak beritahu korang. Memang cenggini haa.....Untuk pengetahuan korang, kambing panggang ni menjadi pilihan utama pelanggan-pelanggan yang berkunjung di restoran ni.Daging kambing ni dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa cendawan resepi yang disediakan khas oleh chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut.

SOS DIBUAT SENDIRI OLEH CHEF

Pelbagai pilihan sos yang disediakan adalah hasil air tangan chef.Chef buat sendiri sos-sos kat sini tau.Patutlah sedap dan rasanya ada kelainan.Antaranya sos cili pedas, sos chili thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo dan macam-macam lagi.

RUANG DUDUK SELESA DAN PARKIR YANG LUAS

Setibanya di restoran ini kami tiada masalah untuk mencari parking.Sampai ja terus dapat parking. Dan sebaik sahaja menapak di hadapan restoran ni, apa yang boleh lien katakan hanyalah wowwww.Ruang parkir lebih daripada 300.Ruang duduk juga luas dan selesa.
Kesimpulannya, selepas merasai sendiri suasana kali pertama menikmati hidangan di restoran ini sudah pastilah lien akan kembali lagi.Dah boleh tambah dalam senarai kedai makan steamboat favourite dah.Memang best dan korang pun mesti berkunjung ke sini.








Alamat:

DKayangan Grill and Barbeque Steamboat
Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33

Seksyen 13, Shah Alam
40100 Selangor

Hubungi:

012-2971091
017-6274015
03-55234979

Waktu operasi:

Isnin-Sabtu : 5pm-12am
Ahad: 12pm-12am

Facebook : D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet
Instagram : @dkayangansteamboat




Terima Kasih sudi baca entry ni.

oleh: Dalinliendawinda Blogspot

Comments

ienaeliena said…
nyummy sedapnya
iena suka makanan laut kat sini segar :)
Dalin LienDa said…
thank iena.lien pun suka sangat..segar dan best

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE