Resepi - Kek Choc Moist Honey Starz Merdeka

Assalamualaikum..

Okay, atas permintaan hubby, lien masak kek choc moist ni kali kedua lien try buat kek ni.Nak rasa air tangan lien sendiri...katenyerr. Dia memang hantu kek choc moist ni.Kalo boleh lagi leleh choc tu lagi dia suka.Lien yang tak bape nak terer masak kek ni cuba jugak la. Lagi pun lien nak juga bagi amsyar rasa kek air tangan lien. Dulu masa kecik-kecik mak lien memang suka buat kek kukus. Kek yang simple ja dia buat tapi orang cakap air tangan ibu tu kan tak boleh lawan kek yang paling sedap kat pasaran tu. Lien memang selalu teman mak lien masak kek tapi lien tak pernah cuba pun buat sendiri. Ops..:P

Bersungguh benar hubby ajak lien cari bahan-bahan nak buat kek ni. So masa cuti hari merdeka tu lien berjaya juga buatkan kek permintaan hubby ni. Lien mintak resepi dgn my twin. Hehe..sebab dia dah terer masak kek ni. Lien budak baru belajar.kui kui kui.Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya. Yang penting hubby dan amsyar suka.

Awal pagi lagi,sambil tengok perbarisan dan siaran langsung sempena merdeka tu lien dah start buat. So korang tau la kan kenapa lien namakan kek ni kek merdeka. Bersempena hari merdeka lah. Konon celebrate hari merdeka kat rumah la ni kan.Heheh..Bagi amsyar rasa sikit semangat merdeka ni. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amsyar kecil lagi nak bawa kat tempat yang sangat crowded untuk meraikan hari merdeka.

Nah..lien share resepi ni kat korang. 

Bahan-bahan:

BAHAN A (diayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder


BAHAN B 
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

BAHAN C (dipukul hingga kembang)
3 biji telur

Cara-cara:

Masukkan serbuk koko, gula. minyak jagung dan susu cair. Masak dengan api yang perlahan di atas dapur, kacau perlahan-lahan.Agak-agak gula dah larut tutup api.Kemudian masukkan susu pekat.Kacau sebati. Masukkan telur ke dalam adunan tadi.Selepas itu, masukkan bahan yang telah diayak tu sedikit demi sedikit. Kacau sebati.Okay dah siap tuk dikukus. Tgk besar mana loyang korang pakai. Kalo besar makan masa satu jam jugak la.






Tenkiu sudi baca entry ni.Selamat menyambut hari Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO