Serakan semangat baru


Tanganku kau genggam erat
Kita bersama mendongak
Melihat serakan bunga api
Yang bertebaran di dada langit

Percikan penuh warna warni
hanya sesaat menghiasi langit
Tapi keindahannya terpahat
Takkan pernah terpadam

Percikan revolusi  yang membara
Menguatkan azam yang kita bina
Diiringi doa
Terus cekal kita bersama
Melewati hari baru
dan masa mendatang
Semoga impian kita terlaksana

Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO